FUNGSI
- Merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.
- Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau petkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai pembestarian sekolah.
- Merancang, menyedia, menerbit dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.
- Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai pelantar.
- Melaksana, memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
- Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.